Saturday, March 9, 2013

INSTITUSI KHALIFAH


Konsep Khalifah:
Arab – pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
Agama – tanggungjawab memelihara kemurnian agama islam yang disampaikan Nabi saw, dan tanggungjawab kekalkan kehormonian serta kestabilan Islam.

Syarat

1.                 lelaki yang merdeka
2.                 beragama islam
3.                 memiliki pengetahuan islam
4.                 mematuhi perintah allah
5.                 sanggup melaksanakan hukum islam
6.                 bersifat adil dan akhlak yang mulia
7.                 tubuh badan yang sihat dan sempurna
8.                 berfikiran cerdas, warak
9.                 pandai mentadbir.

Kaedah atau Cara:
1.     musyarawarah atau syura ( Syura bermaksud – Permuafakatan atau konsesnsus)
2.     cadangan satu nama sahaja
3.     pemilihan beberapa calon
4.     pencalonan sekelompok masyarakat.
5.     Baiah atau lafaz taat setia selepas dilantik jadi khalifah.

Kepentingan Baiah dan syuara:
1.                 jamin bakal pentadbir yang tepat berkelayakan dan berhemah tinggi.
2.                 Pentadbiran kerajaan lancar.

Tugas Khalifah
Aspek Agama
1.                 memelihara kedudukan agama serta
2.                 mentadbir mengikut hukum syariah.
3.                 menitikberatkan sistem politik, ekonomi, sosial supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani.




Politik:
1.                 memastikan kelicinan pentadbiran negara.
2.                 mempertahankan negara islam daripada musuh
3.                 bertanggungjawab melantik dan melucutkan jawatan pegawai.
4.                 ketua negara

Sosial:
1.                 menjaga kebajian rakyat supaya nikmati hidup sejahtera di dunia dan akhirat
2.                 menjaga dan meneruskan ajaran Allah swt.
3.                 mengekalkan perpaduan melalui konsep musyawarah dan syura
4.                 memantapkan sistem perundangan Islam.

Ekonomi:
1.                 menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara-baitulmal
2.                 mengatur pungutan kharaj, jizyah, dan zakat.

Thursday, March 7, 2013

KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH


Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin .
Pendahuluan :
o    Latar belakang pemerintahan khulafa al-Rasyidin.
o    Pengertian Khalifah.
o    Ciri-ciri kepimpinan Khalifah.
Isi :
Pemilihan secara Baiah :
o    Perlantikan secara persetujuan orang ramai tanpa ada calon.
o    Perlantikan Abu Bakar telah dicalonkan oleh Umar al-Khattab di Balai Bani Saidah
o    Saidina Umar telah menjabat tangan Abu Bakar dan membuat pengakuan taat setia kepadanya dan diikuti oleh sahabat-sahabat lain serta kaum Ansar dan Muhajirin.Penerimaan masyarakat Madinah kerana Saidina Abu Bakar pemimpin Muhajirin yang paling layak dan berpengalaman luas dalam membentuk masyarakat Islam di Makkah dan Madinah serta mendapat dididikan kepimpinan  Rasullullah saw.   
Pemilihan secara wasiat :
o    Saidina  Abu Bakar telah mencadangkan Umar al-Khattab untuk menggantikannya dan ahli syura telah menerima cadangan itu .Saidina Abu Bakar telah meminta Saidina Uthman b Affan menulis sepucuk surat perlantikan  menyatakan Saidina Umar adalah penggantinya.Kemudian rakyat telah memberi baiah atau tat setia kepadanya.
o    Pengalaman Abu Bakar menghadapi al-Riddah menyebabkan baginda meraskan negara perlu melantikan seorang pemimpin yang tegas supaya peristiwa itu tidak berulang.
o    Maka perlantikan secara wasiat memang dianjurkan islam dalam situasi tertentu.
Melalui Majlis Perlantikan Khalifah :
o    Khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan Majlis Perlantikan sebelum beliau bertujuan mengelakkan perpecahan dikalangan umat Islam .Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman b Auf  sebagai ketua dan ahlimajlis yang lain.Dalam pengundian yang dijalankan Uthman b Affan telah dilantik untuk menjadi khalifah yang ketiga .
o    Cara perlantikan ini menunjukan demokrasi subur dalampemilihan khalifah
Perlantikan secara paksa :
o    Perlantikan Khalifah Ali b Abi Talib r.a. disokong oleh penduduk Hijaz , Basrah dan Kufah manakala pemberontak tidak membaiahnya. Perlantikannya dianggap sah kerana kerajaan  Islam Madinah menghadapi peperangan Jamal dan berlakunya pemberontakan.
o    Justeru itu perlantikannya secara paksa tepat pada masanya  kerana negara ketika itu memerlukan seorang khalifah yang tegas dan berwibawa  untuk mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah. Cara ini juga dianggap demokrasi kerana sebahagian besar masysrakat islam membaiah khalifah Ali .
Kesimpulan :
Perlantikan yang pelbagai cara dilaksanakan,namun ciri-ciri demokrasi tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada zaman khulafa ar-Rasyidin.

PENGUMUMAN BERITA

JADUAL KERJA DAN TARIKH PENTING BERKAITAN PBS SEJARAH - PENGGAL 2

2 JAN-4JAN 2013          - Pengenalan kepada ilmu Sejarah,kaedah penyelidikan dan penulisan
                                           sejarah.

21JAN -10 APRIL 2013 - Menjalankan penyelidikan,menyaring  mengklasifikasi maklumat
                                          dan menulis esei.

11 APRIL 2013               - Membuat semakan terakhir.

12 APRIL 2013               - Tarikh akhir menghantar tugasan PBS kepada pemeriksa.

15 APRIL -3 MEI            - Pembentangan kerja kursus
                                           Membuat penilaian hasil kerja kursus.
                                           Menghantar markah kepada MPM melalui perisian e-submission.

6 MEI-26 MEI 2013        - Penyelarasan oleh PPD



Wednesday, March 6, 2013

FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN QURAISH MEKAH


Huraikan faktor-faktor penentangan terhadap ajaran Islam oleh kaum Quraisy pada
zaman Nabi Muhammad di Makkah.

PENGENALAN:
1. Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w
Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah
Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy
Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17
Ramadhan 610M di Gua Hira’.

2. Aktiviti Dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Sewaktu Di Kota Mekah
Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui 2 peringkat:
(a) dakwah secara sulit
(b) dakwah secara terang-terangan

ISI:
Faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah

1. Faktor Agama
Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan dengan
agama berhala yang telah sebati menajadi darah daging orang-orang Makkah.
Dari sudut akidah, Islam menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan
menentang amalan syirik.
Agama berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti
dipertahankan
Oleh itu menentang Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai orang yang mahu
meruntuhkan tradisi itu.

2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruh
Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi
Muhammad s.a.w dan Abd Mutalib.
Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara Baginda.
Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana
keupayaannya yang luar biasa.
Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna kepimpinan itu akan terus
berada di tangan Bani Hasyim.

3. Persamaan Taraf
Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang
menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia.
Hal ini amat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum
bangsawan kaum Quraisy.
Mereka masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza.
Dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua dan
pengikut; antara yang kaya dengan miskin dan antara tuan dengan hamba
Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang yang
bertakwa.


4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.
Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala.
Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan hilang
kerana Islam tidak membenarkan pembuatan patung berhala dan menjualnya.
Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang mereka,
Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencela agama berhala
mereka.

5. Takut Akan Hari Pembalasan
Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamat
Wajib percaya kepadanya dan merupakan satu daripada Rukun Iman
Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat akan dikira pada hari pembalasan
denganm saksama.
Berita hari kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar bahawa
mereka telah banyak melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam seperti mencuri,
merompak, berzina, minum arak dan mengamalkan riba
Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api neraka
Tetapi mengikut agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga tanpa
menerima apa-apa balasan pada hari kiamat.

6. Perasaan Iri hati
Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati kedudukan
Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul.
Antara mereka ialah;
i) Umayyah bin Abi al-Salt pernah menyatakan keinginan menjadi seorang nabi.
ii) Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu kecewa apabila mendengar Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu

KESIMPULAN:
1. Nabi Muhammad saw dan umat Islam Makkah tabah dan sabar menghadapi tentangan
daripada orang-orang Quraisy Makkah.
2. Terdapat pelbagai bentuk tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah seperti
penghinaan,penyiksaan, pemulauan,memujuk Nabi Muhammad dan bapa saudaranya Abu Talib
sehingga rancangan untuk membunuh Nabi Muhammad saw.

PERINGKAT DAKWAH NABI DAN SEBAB PENENTANGAN QURA ISH MEKAH


Bincangkan usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW di Kota Makkah
serta sebab-sebab berlakunya penentangan Kaum Quraisy ke atas dakwah baginda

Pengenalan

1. Nabi Muhammad SAW dilahirkan dalam keluarga ternama masyarakat Quraisy iaitu
keturunan Bani Hashim.
2. Baginda dilantik menjadi rasul pada 610 M.
3. Baginda menjalankan dakwah di kota Makkah selama 13 tahun dan usaha dakwah baginda
di bahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat sembunyi dan peringkat terbuka.

B: ISI-ISI PENTING

i) PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH [3 X 3M = 9M]
1. Peringkat pertama seruan secara sulit - Seruan peringkat ini dimulakan setelah Nabi
Muhammad SAW menerima wahyu yang kedua iaitu Surah al-Muddashir : ayat 1-7. Baginda
mula menjalankan kegiatan dakwahnya secara sulit kepada keluarga dan sahabat-sahabat
terdekat baginda. Baginda menjalankan dakwah secara sulit selama tiga tahun. Peringkat ini
agama Islam diterima oleh sebilangan kecil penduduk Makkah. Pengajaran konsep peringkat
sulit adalah untuk mewujudkan konsep berjaga-jaga dan berwaspada agar perlaksanaan
dakwah peringkat awal tercapai dan berjaya. Orang yang pertama memeluk Islam ialah Siti
Khadijah, Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar al-Siddiq.

2. Rumah al-Arqam dijadikan sebagai markas gerakan Islam- Dengan adanya sambutan
tersebut Nabi Muhammad SAW telah mencari pusat gerakan bagi mempertingkatkan lagi
perkembangan Islam. Al- Arqam telah bermurah hati menyerahkan rumahnya untuk
dijadikan sebagai pusat gerakan agama Islam.Rumah al Arqam terletak di Bukit Safa di
Makkah. Di samping keluarga Nabi dan sahabat-sahabatnya, agama Islam telah diterima oleh
golongan miskin dan hamba. Hasil dakwah Nabi Muhammad SAW bilangan penganut Islam
bertambah sebanyak 40 orang.

3. Peringkat Kedua seruan terbuka kepada keluarga Abdul Mutalib - Nabi Muhammad SAW
menjemput keluarga Abdul Mutalib menghadiri satu perjumpaan yang diaturkan oleh Ali B.
Abi Talib di rumahnya. Tindakan ini dilakukan setelah Nabi menerima wahyu dari surah ashShua’rat ayat 214. Satu perjumpaan telah diadakan di Bukit Safa. Setelah baginda
menerangkan dasar-dasar Islam, sebahagian daripada mereka menyatakan kesanggupan
menerima Islam. Manakala sebahagian lagi menolak terutamanya Abu Lahab.

4. Peringkat terbuka kepada orang ramai- Apabila turun wahyu dari surah al-Hijr ayat 94.
Dakwah secara terang –terangan ini telah diadakan di Bukit Safa Nabi Muhammad SAW
telah member i syarahan kepada semua anggota kabilah Quraisy yang hadir. Antaranya
Bani Hashim, Bani Abdul Manaf, Bani Zuhrah , Bani Tamim dan sebagainya. Seruan yang
disampaikan oleh baginda telah diganggu oleh Abu Lahab iaitu bapa saudara nabi. Tindakan
Abu Lahab ini telah menggagalkan dakwah Nabi Muhammad dan membawa kepada
penentangan kaum musyrikin Makkah terhadap agama Islam. Seruan secara terbuka ini
berlangsung selama 10 tahun sehinggalah baginda berhijrah ke Madinah.


ii) SEBAB-SEBAB PENENTANGAN [6 ISI X 2M = 12M]
1. Pengekalan Kuasa – Agama Islam mementingkan persamaan taraf sesama manusia.
Mereka khuatir jika mereka memeluk agama islam kekuasaan Bani Hashim iaitu moyang
Nabi Muhammad SAW akan terus kekal di Makkah.

2. Takut akan Hari Pembalasan - Mereka takut dengan hari pembalasan kerana mereka
banyak melakukan maksiat. Bagi agama penyembahan berhala mereka hanya perlu
membuat pengorbanan kepada berhala untuk menghapus dosa.

3. Iri hati dengan kedudukan Nabi Muhammad SAW - Mereka iri hati dengan Nabi
Muhammad SAW sebagai seorang nabi. Sedangkan beberapa orang pembesar Quraisy
bercita-cita ingin menjadi nabi seperti Umaiyah Abi Sait dan al-Walid al- Mughirah yang
mengaku menjadi nabi.

4. Persamaan Taraf – Dalam Islam kedudukan manusia disisi Allah SWT ialah orang yang
bertakwa. Islam tidak mengira pangkat atau kedudukan seperti tuan dan hamba. Jika
mereka menerima Islam, mereka tidak mempunyai keistimewaan lagi khususnya golongan
pembesar dan bangsawan.

5. Ingin mempertahankan Pusaka Nenek Moyang - Mereka ingin mengekalkan amalan nenek
moyang mereka meyembah berhala yang menjadi amalan berkurun-kurun lamanya.

6. Kedudukan Ekonomi Terjejas - Sekiranya mereka memeluk islam perusahaan membuat
patung berhala yang menjadi sumber ekonomi mereka akan hilang.

KESIMPULAN
Apa sahaja isi kesimpulan yang sesuai.

PIAGAM MADINAH




Soalan : Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di Dunia. Berikan 
huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan Piagam tersebut.

Pengenalan :
• Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk
terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus
dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy
yang berhijrah dari Makkah pula digelar  Muhajirin ( golongan Pendatang ). Orangorang

Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya
ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir. 
• Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham
sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin 
kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi
sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah
s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut.
Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat
pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam. 
• Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat
perjanjian dengan seluruh  Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara
Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah. 

Isi :
Huraian mengenai Piagam Madinah :
• Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini,
kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk
diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu
undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quraan, yang telah menjadi
tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of
Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu.
Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan
buku teks untuk kanak-kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera
yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta
Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu  itu.

Beberapa aspek utama piagam Madinah ialah:
• Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara madinah yang wajib
dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan
penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan.
Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan
masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.

• Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak
terpengaruh dengan apa – apa elimen yang tidak baik dari luar.
• Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab
mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.
• Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .
• Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan
tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
• Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi
perlembagaan tersebut.
Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan
berhubung dengan perkara-perkara berikut:

B. Kepentingan Piagam Madinah

1) Rasulullah menjadi Ketua Negara

Penerimaan Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara telah menaikkan kedudukan
bagindasebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri
dari pelbagai bangsa.Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar
negara dan menyelesaikan masalah yang timbul dari masa ke semasa.

2) Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah.

Pengekalan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam di samping
pengubahsuaian sebahagian darinya sejajar dengan hokum Islam.Ketua-ketua kaum
tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasulullah sebagai ketua Hakim
akan memutuskan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang di luar bidang
kuasa ketua kaum berkenaan.

3) Hidup bermasyarakat

Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermayarakat sesame meraka secara aman
dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan
berpihak kepada pihak musuh Islam.

4) Penyatuan Ummah

Piagam Madinah telah menyatukan kaum-kaum atau suku-suku yang sebelum ini
sentiasa berselisih faham. Misalnya Aus dan Khazraj, Ansar dan Muhajirin .

5) Kegiatan Ekonomi


Memberi kebebasan kepada semua pihak untuk menjalankan aktiviti ekonomi selagi
tidak bercanggah dengan perlembagaan.Hal ini untuk mengelak penguasaan penuh
(monopoli) orang Yahudi terhadap ekonomi Islamdi Madinah seperti mana
penguasaan ekonomi oleh Quraisy di Makkah.

 6) Kebebasan berdagang

Kebebasan yang diberikan menarik minat pedagang-pedagang luar datang ke
Madinah. Akhirnya Madinah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung
Tanah Arab.Dengan itu umat Islam telah beransur-ansur menguasai ekonomi
Madinah dan kawasan sekitarnya.

7) Kebebasan beragama

Dengan kebebasan ini orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam tanpa
gangguan atau sekatan.Hal ini memberi peluang orang bukan Islam mendekati

orang Islam seterusnya berminat dengan ajaran Islam apabila memerhati akhlak dan
personalit dan disiplin umat Islam melakukan aktiviti harian termasuk amal ibadat.
8) Wujud Negara Islam Madinah
Orang Yahud secara tidak lanug mengktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama
dan Madinah sebagai sebuah negara Islam dengan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
pemimpin.Sebelum ini perkara ini ditolak oleh mereka.


9) Hak keselamatan terjamin
Keselamatan penduduk tanpa mengira agama atau kaum akan terjamin selagi
mereka patuh kepada piagam. Pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil
tindakan termasuk memerangi,menghalau atau membunuh jika terpaksa.Contohnya
Bani Qainuqa’ di halau dari madinah dan perang diistiharkan kepada mereka.

Kesimpulan :
• Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara
pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.
• Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.
• Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di
dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang
memerintah dunia selama tujuh abad.
• Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru,
terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang
bangsa.

STRUKTUR PEMERINTAHAN DI MADINAH


SOALAN: TERANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN YANG DIAMALKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W. DI KOTA MADINAH.

Soalan: Huraikan struktur  pemerintahan Nabi Muhammad SAW  di Madinah 


Pengenalan
                Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pemerintah pertama di negara Islam Madinah. Baginda memerintah berteraskan wahyu Allah SWT selain mengamalkan konsep musyawarah dengan para sahabat dan menggubal Piagam Madinah. Baginda amat menegaskan perasaan taat setia dalam kalangan umat Islam bagi menggantikan semangat assabiyah dalam kabilah-kabilah.
                Pemerintahan di Madinah bersifat negara kota. Nabi Muhammad s.a.w. telah meletakkan asas pemerintahan mengikut pengurusan dan pentadbiran Islam yang sebenar. Piagam Madinah yang digubal mengandungi 47 fasal yang menjelaskan perkara-perkara berkaitan umat Islam dan bukan Islam. Piagam ini telah menjadi teras peraturan hidup masyarakat Madinah yang berbilang kaum.
                Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w. juga telah menubuhkan Majlis Syura bagi menggubal dasar pemerintahan negara yang berteraskan al Quran dan Sunnah. Majlis ini dianggotai sebilangan sahabat paling kanan yang pakar dalam bidang tertentu. Baginda juga mengamalkan sistem perundangan yang berteraskan al Quran dan sunnah. Bagindalah hakim yang dilantik pada peringkat suku kaum.             
                Seterusnya baginda membentuk satu dasar diplomatik dengan menjalin hubungan dengan negara luar. Memandangkan wilayah Islam semakin meluas, para ‘amir’ telah dilantik untuk mentadbir kawasan yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, Uthman ibn Abi al-As dilantik sebagai ‘amir’ di Taif.
                Nabi Muhammad s.a.w. juga  membentuk pentadbiran berasaskan empat dasar iaitu mengukuhkan semangat akidah bagi menggantikan semangat assabiyah, menjadikan Islam sebagai landasan peraturan masyarakat, mengamalkan kaedah musyawarah dalam pentadbiran danmemperkenalkan Piagam Madinah. Dasar ini menjadi panduan masyarakat Islam untuk memperoleh kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan.

Penutup
             Kebijaksanaan pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya membina sebuah masyarakat yang bersatu serta mewujudkan kestabilan politik selain membina negara Islam yang kukuh, aman dan berdaulat.

PIAGAM MADINAH -KEPENTINGANNYA


Huraian kepentingan Sahifah Madinah dalam pemerintahan dan pentadbiran negara kota Madinah.
Pendahuluan :
  • Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar (Golongan Penolong) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar  Muhajirin (golongan Pendatang). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
  • Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh  Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
  •  Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak -kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu.
  •  Aspek utama Piagam Madinah.

Isi-isi :
Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara berikut:
  • Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa – apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah – masalah yang timbul dari masa ke semasa.
  • Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan-kesalahan di luar bidang kuasa ketua-ketua kaum berkenaan.
  • Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.
  • Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
  • Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
  • Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
  • Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.
  • Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.
  • Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain.
  • Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
  • Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.
  • Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.
Kesimpulan :
  • Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.
  • Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.
  • Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.


Tuesday, March 5, 2013

KONSEP UMMAH DAN LANGKAH PEMBENTUKANNYA


Huraikan peranan Rasulullah s.a.w. dalam usaha membentuk ummah pelbagai bangsa di Madinah.
Pengenalan :
1. Latar belakang masyarakat Madinah.
2. Definisi Ummah : bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam al-Quran ummah Merujuk semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan makhluk lain.
3. Perkataan ummah disebut 40 kali dalam al-Quran.
4. Dalam al-Quran ummah merujuk semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan makhluk lain.
5. Setiap diutuskan seorang rasul untuk memberi petunjuk. Dalam kontek ummah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada umat Islam sahaja tetapi juga termasuk umat bukan Islam seperti Yahudi yang berada di Madinah. Mereka dikeluarkan dari kota Madinah dan sekaligus terkeluar dari lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w apabila mereka enggan mematuhi piagam Madinah.

Isi-isi penting :
Cara Rasulullah s.a.w. Membentuk Ummah :
Pembinaan masjid :
1. Usaha pertama Nabi Muhammad s.aw. di Madinah
2. Fungsi masjid ialah tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, tempat beribadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga.
3. Masjid terawal yang dibina ialah masjid Nabawi
4. Pembinaan masjid telah melipat gandakan usaha-usaha dakwah.

2.Piagam Madinah / Perjanjian politik :
1. Diperkenalkan untuk tujuan menyatupadukan masyarakat Madinah yang majmuk.
2. Kandungan Piagam ini mencatatkan hak dan tanggunjawab pemerintah dengan golongan yang diperintah, tanggungjawab orang Islam sesama Islam, Orang Islam dengan orang bukan Islam, tanggungjawab terhadap terhadap negara Madinah, hak orang-orang bukan Islam.
3.Menyatupadukan Aus Dan Khazraj :
1. Bertujuan menamatkan permusuhan tradisi.
2. Golongan ini sudah lama bermusuhan di Madinah kerana kegiatan orang Yahudi yang sering melaga-lagakan golongan ini untuk kepentingan mereka.
4.Mempersaudarakan Muhajirin Dengan Ansar :
1. Bertujuan untuk saling membantu .
2. Contohnya Nabi mempersaudara Hamzah dengan Zaid bin Harithah, dan Abu Bakar dengan Kharijah.
3. Konsep persaudaraan ini tidak melewati batas persaudaraan yang mempunyai darah keturunan dan mereka dilarang mewarisi harta.Sebaliknya lebih kepada ikatan kepaercayaan dan akidah.
4. Persaudaraan yang ditanam oleh Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membentuk satu ikatan yang kukuh di kalangan umat Islam.
Mengambil Tindakan Memerangi Serta Menghalau Dan Menghukum Golongan Yahudi Yang Melanggar Piagam Madinah :
1. Bani Qainuqa’- diusir kerana mempersenda-senda kemenangan umat Islam dalam perang Badar- perkampungan mereka dikepung seterusnya mereka diusir keluar dari Madinah.
2. Bani Nadhir- dihalau kerana menyokong kaum Quraisy dalam perang Uhud dan membuat pakatan untuk membunuh Nabi.
3. Bani Quraizah – Dikenakan hukuman yang lebih keras, iaitu semua lelaki dewasa dibunuh, harta dirampas, manakala golongan wanita dan kanak-kanak diusir dari Madinah.
4. Implikasi pengusiran golongan Yahudi ini, maka konsep ummah kini hanyalah umat Islam sahaja, dan secara tidak langsung negara menjadi aman dan stabil.
6.Memperkenalkan sistem ekonomi yang adil serta menghapuskan sebarang bentuk penindasan khususnya amalan riba. Nabi menggalakkan kegiatan pertanian dan perdagangan.

Kesimpulan :
1. Nabi Muhammad pemikir dan pemimpin yg bijak.
2. Langkah yg dijlnkan oleh Nabi Muhammad menjanjikan kota Madinah kuat dan dapat meluaskan empayar.

PERUBAHAN MASYARAKAT JAHILIAH SETELAH KEDATANGAN ISLAM


Tamadun Islam telah merubah cara hidup masyarakat jahiliah dalam pelbagai aspek.  
Huraikan perubahan yang berlaku dalam masyarakat jahiliah selepas kelahiran Islam
     
Pengenalan (3 markah)
1. Latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam
• Masyarakat Arab terdiri daripada dua kelompok masyarakat iaitu masyarakat Hadari
dan masyarakat Badwi. 
• Terdiri daripada pelbagai suku seperti Bani Hasyim, Bani ‘Adi, Bani Ta’im, Bani
Umayyah.
2. Masyarakat Arab selepas Islam
• Terdiri daripada golongan Muhajirin iaitu masyarakat Islam yang berhijrah dari
Makkah ke Madinah dan golongan Ansar iaitu penduduk asal Madinah yang terdiri
daripada suku Aus dan Khazraj yang telah dipersaudara.
3. Latar belakang kemunculan Islam
• Islam muncul setelah turunnya wahyu pertama pada tahun 610 Masihi. Asas
kehidupan masyarakat Arab Jahiliah bersandarkan kepada semangat assabiyah yang
melampau, manakala kehidupan masyarakat Islam bersandarkan kepada aqidah,
syariat dan akhlak.

Isi –isi penting (7 isi x 3M=21 markah )
Perubahan – perubahan dalam masyarakat Arab selepas Islam
1. Agama &Kepercayaan
Zaman jahiliah
• Agama dan kepercayaan mereka dipenuhi dengan tahyul.
• Agama penyembahan berhala paling dominan kerana sebahagian besar masyarakat
jahiliyah menganut agama ini.
• Terdapat agama langit iaitu Nasrani dan Yahudi tetapi telah diselewengkan oleh
paderi mereka untuk kepentingan diri sendiri.
• Selain itu, terdapat agama Majusi iaitu pengaruh daripada Parsi.
• Antara kepercayaan yang diamalkan adalah tilik nasib, sangka baik dan sangka buruk,
animisme dan sihir.
Zaman Islam
• Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
• Rukun Islam : 5 perkara
• Rukun Iman : 6 perkara

2. Akhlak
Zaman jahiliah 
• Moral dan akhlak orang Arab sangat buruk.
• Tiada batas kesopanan dan kemanusiaan.
• Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan merupakan perkara biasa kepada 
masyarakat Jahiliah.
Zaman Islam
• Islam melarang umatnya melakukan perkara-perkara terkutuk itu.
• Islam menganjurkan nilai-nilai yang baik seperti hormat menghormati, bekerjasama,
bertolak ansur dan lain-lain.

3.  Politik
Zaman jahiliah
• Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik. Hal ini
berpunca daripada faktor wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat
oleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara.
• Wilayah di sebelah selatan dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom dan Parsi.
• Mengamalkan sistem berkabilah dan setiap kabilah diketuai oleh syeikh kabilah.
Setiap suku kaum taksub kepada suku masing-masing yang dipanggil assabiyah.
Keadaan ini mencetuskan peperangan antara suku walaupun berpunca daripada
masalah kecil.
• Keadaan inilah yang menyebabkan suasana politik yang tidak stabil.
Zaman Islam
• Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas.
• Ada sistem pemerintahan yang teratur.
• Pemerintahan berlandaskan Al- Quran dan Hadith.
• Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan Piagam Madinah.

4.  Ekonomi
Zaman jahiliah
• Selepas keruntuhan empangan Maarib ekonomi masyarakt jahiliyah sangat
meruncing. Kegiatan pertanian merosot kerana mereka tiada pengetahuan untuk
membangunkan semula empangan tersebut.
• Hal ini menyebabkan ada kabilah yang menjadikan aktiviti merompak sebagai
sumber ekonomi mereka.
• Puak Quraisy Makkah cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan   
mengenakan tekanan terhadap kaum Badwi.
• Menjalankan aktiviti perdagangan dengan menjual berhala, amalan riba, menipu dan
sebagainya.
Zaman Islam
• Menghapuskan riba, menggalakkan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan.
• Memperkenal dasar ekonomi Islam.
• Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan umat Islam menceburi bidang pertanian dan
perniagaan.
• Hal ini menyebabkan ekonomi umat Islam meningkat maju sehingga dapat
mengatasi kegiatan monopoli orang Yahudi dalam ekonomi.

5. Ilmu Pengetahuan
Zaman jahiliah
• Mewarisi pengetahuan tentang ilmu bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan.
• Walaupun begitu majoriti mereka buta huruf.
• Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf. Jadi perkembangan ilmu pengetahuan hanya
bersifat hafalan dari satu generasi ke satu generasi. Jika sesuatu ilmu itu tidak
diminati maka ilmu tersebut akan pupus begitu sahaja.
Zaman Islam
• Terdapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan Islam.
• Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu tafsir.
• Di Madinah, masjid dijadikan sebagai tempat mengembangkan ilmu pengetahuan.

6. Kesusasteraan
Zaman jahiliah
• Arab Jahiliyah pandai bersyair dan berkhutbah.
• Tetapi hasil-hasil karya mereka berbentuk sastera kreatif yang berbeza dengan 
zaman Islam.
Zaman Islam
• Oleh itu, Allah utuskan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab al-Quran untuk dijadikan
pedoman kepada manusia supaya dapat menandingi sastera Arab  Jahiliah.
Kesusasteraan Jahiliah membawa kepada pemujaan berlebihan dan membawa 
kepada pergaduhan.
• Al-Quran sebagai pedoman kepada kesusasteraan Islam.

7. Kelas masyarakat
Zaman jahiliah
• Mengamalkan sistem perhambaan, semangat assabiyah.
• Mementingkan kedudukan dalam masyarakat.
• Wanita dan hamba dianggap paling hina.
Zaman Islam
• Mengamalkan perpaduan ummah.
• Menganjurkan persamaan taraf
• Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah kecuali ketakwaan mereka.

8. Maruah wanita
Zaman jahiliah
• Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat.
• Fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki dan kegemaran mereka
    hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki.
• Dianggap sebagai barang dagangan.
• Wanita yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelakinya sendiri.
• Oleh itu, Bani Tamim menganggap amalan membunuh bayi perempuan sebagai
   amalan yang mulia supaya bayi tersebut tidak menjadi sampah masyarakat dan
   memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa.
• Kaum wanita sering dibawa bersama-sama untuk berperang dan memberi
   perangsang kepada tentera lelaki.
Zaman Islam
• Memuliakan kedudukan wanita.
• Maruah dan kebajikan wanita perlu dipelihara.

9. Peperangan
Zaman jahiliah
• Bersifat balas dendam
• Berperang kerana perkaraperkara yang kecil
Zaman Islam
• Berbentuk jihad. 
• Berperang kerana mempertahankan agama, maruah diri, bangsa dan Negara
• Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan dalam kalangan
golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj.

10. Hubungan Masyarakat
Zaman jahiliah
• Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing.
• Mengamalkan semangat assabiyah.
Zaman Islam
• Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah  
Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku berdasarkan ikatan  persaudaraan  Islam.
KESIMPULAN (1 markah)
- Islam telah menukar cara hidup masyarkat Jahiliah daripada menyembah berhala
kepada menyembah Allah, daripada berakhlak buruk kepada akhlak  yang mulia dan
berperikemanusiaan.
- Islam telah membawa masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yang
bertamadun.
Nota:
 1. Jika calon tidak membincangkan zaman sebelum Islam (Jahiliah), markah  
               maksimum bagi isi – 2 markah.
2. Jika jawapan calon tidak menunjukkan perubahan, tiada sebarang markah  
    diberi.
3. Jika jawapan calon dalam bentuk perbandingan, markah penuh boleh diberi.940/1