Bincangkan usaha-usaha dakwah yang
dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW di Kota Makkah
serta sebab-sebab berlakunya
penentangan Kaum Quraisy ke atas dakwah baginda
Pengenalan
1. Nabi Muhammad SAW dilahirkan
dalam keluarga ternama masyarakat Quraisy iaitu
keturunan Bani Hashim.
2. Baginda dilantik menjadi rasul
pada 610 M.
3. Baginda menjalankan dakwah di
kota Makkah selama 13 tahun dan usaha dakwah baginda
di bahagikan kepada dua peringkat
iaitu peringkat sembunyi dan peringkat terbuka.
B: ISI-ISI PENTING
i) PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH [3 X 3M = 9M]
1. Peringkat pertama seruan secara sulit - Seruan peringkat ini dimulakan
setelah Nabi
Muhammad SAW menerima wahyu yang
kedua iaitu Surah al-Muddashir : ayat 1-7. Baginda
mula menjalankan kegiatan
dakwahnya secara sulit kepada keluarga dan sahabat-sahabat
terdekat baginda. Baginda
menjalankan dakwah secara sulit selama tiga tahun. Peringkat ini
agama Islam diterima oleh
sebilangan kecil penduduk Makkah. Pengajaran konsep peringkat
sulit adalah untuk mewujudkan
konsep berjaga-jaga dan berwaspada agar perlaksanaan
dakwah peringkat awal tercapai dan
berjaya. Orang yang pertama memeluk Islam ialah Siti
Khadijah, Ali bin Abi Talib dan
Abu Bakar al-Siddiq.
2. Rumah al-Arqam dijadikan sebagai markas
gerakan Islam- Dengan adanya
sambutan
tersebut Nabi Muhammad SAW telah
mencari pusat gerakan bagi mempertingkatkan lagi
perkembangan Islam. Al- Arqam
telah bermurah hati menyerahkan rumahnya untuk
dijadikan sebagai pusat gerakan
agama Islam.Rumah al Arqam terletak di Bukit Safa di
Makkah. Di samping keluarga Nabi
dan sahabat-sahabatnya, agama Islam telah diterima oleh
golongan miskin dan hamba. Hasil
dakwah Nabi Muhammad SAW bilangan penganut Islam
bertambah sebanyak 40 orang.
3. Peringkat Kedua seruan terbuka kepada
keluarga Abdul Mutalib - Nabi Muhammad SAW
menjemput keluarga Abdul Mutalib
menghadiri satu perjumpaan yang diaturkan oleh Ali B.
Abi Talib di rumahnya. Tindakan
ini dilakukan setelah Nabi menerima wahyu dari surah ashShua’rat ayat 214. Satu
perjumpaan telah diadakan di Bukit Safa. Setelah baginda
menerangkan dasar-dasar Islam,
sebahagian daripada mereka menyatakan kesanggupan
menerima Islam. Manakala
sebahagian lagi menolak terutamanya Abu Lahab.
4. Peringkat terbuka kepada orang ramai- Apabila turun wahyu dari surah
al-Hijr ayat 94.
Dakwah secara terang –terangan ini
telah diadakan di Bukit Safa Nabi Muhammad SAW
telah member i syarahan kepada
semua anggota kabilah Quraisy yang hadir. Antaranya
Bani Hashim, Bani Abdul Manaf,
Bani Zuhrah , Bani Tamim dan sebagainya. Seruan yang
disampaikan oleh baginda telah
diganggu oleh Abu Lahab iaitu bapa saudara nabi. Tindakan
Abu Lahab ini telah menggagalkan
dakwah Nabi Muhammad dan membawa kepada
penentangan kaum musyrikin Makkah
terhadap agama Islam. Seruan secara terbuka ini
berlangsung selama 10 tahun
sehinggalah baginda berhijrah ke Madinah.
ii) SEBAB-SEBAB PENENTANGAN [6 ISI X 2M = 12M]
1. Pengekalan Kuasa – Agama Islam mementingkan persamaan
taraf sesama manusia.
Mereka khuatir jika mereka memeluk
agama islam kekuasaan Bani Hashim iaitu moyang
Nabi Muhammad SAW akan terus kekal
di Makkah.
2. Takut akan Hari Pembalasan - Mereka takut dengan hari
pembalasan kerana mereka
banyak melakukan maksiat. Bagi
agama penyembahan berhala mereka hanya perlu
membuat pengorbanan kepada berhala
untuk menghapus dosa.
3. Iri hati dengan kedudukan Nabi
Muhammad SAW - Mereka iri
hati dengan Nabi
Muhammad SAW sebagai seorang nabi.
Sedangkan beberapa orang pembesar Quraisy
bercita-cita ingin menjadi nabi
seperti Umaiyah Abi Sait dan al-Walid al- Mughirah yang
mengaku menjadi nabi.
4. Persamaan Taraf – Dalam Islam kedudukan manusia
disisi Allah SWT ialah orang yang
bertakwa. Islam tidak mengira
pangkat atau kedudukan seperti tuan dan hamba. Jika
mereka menerima Islam, mereka
tidak mempunyai keistimewaan lagi khususnya golongan
pembesar dan bangsawan.
5. Ingin mempertahankan Pusaka
Nenek Moyang - Mereka
ingin mengekalkan amalan nenek
moyang mereka meyembah berhala
yang menjadi amalan berkurun-kurun lamanya.
6. Kedudukan Ekonomi Terjejas - Sekiranya mereka memeluk islam
perusahaan membuat
patung berhala yang menjadi sumber
ekonomi mereka akan hilang.
KESIMPULAN
Apa sahaja isi kesimpulan yang
sesuai.
peh palsu laaaaaa
ReplyDelete