Soalan : Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di Dunia. Berikan
huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan Piagam tersebut.
Pengenalan :
• Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk
terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus
dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy
yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin ( golongan Pendatang ). Orangorang
Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya
ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
• Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham
sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin
kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi
sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah
s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut.
Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat
pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.
• Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat
perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara
Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
Huraian mengenai Piagam Madinah :
• Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini,
kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk
diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu
undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quraan, yang telah menjadi
tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of
Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu.
Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan
buku teks untuk kanak-kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera
yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta
Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu.
Beberapa aspek utama piagam Madinah ialah:
• Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara madinah yang wajib
dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan
penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan.
Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan
masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
• Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak
terpengaruh dengan apa – apa elimen yang tidak baik dari luar.
• Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab
mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.
• Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .
• Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan
tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
• Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi
perlembagaan tersebut.
Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan
berhubung dengan perkara-perkara berikut:
B. Kepentingan Piagam Madinah
1) Rasulullah menjadi Ketua Negara
Penerimaan Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara telah menaikkan kedudukan
bagindasebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri
dari pelbagai bangsa.Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar
negara dan menyelesaikan masalah yang timbul dari masa ke semasa.
2) Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah.
Pengekalan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam di samping
pengubahsuaian sebahagian darinya sejajar dengan hokum Islam.Ketua-ketua kaum
tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasulullah sebagai ketua Hakim
akan memutuskan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang di luar bidang
kuasa ketua kaum berkenaan.
3) Hidup bermasyarakat
Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermayarakat sesame meraka secara aman
dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan
berpihak kepada pihak musuh Islam.
4) Penyatuan Ummah
Piagam Madinah telah menyatukan kaum-kaum atau suku-suku yang sebelum ini
sentiasa berselisih faham. Misalnya Aus dan Khazraj, Ansar dan Muhajirin .
5) Kegiatan Ekonomi
Memberi kebebasan kepada semua pihak untuk menjalankan aktiviti ekonomi selagi
tidak bercanggah dengan perlembagaan.Hal ini untuk mengelak penguasaan penuh
(monopoli) orang Yahudi terhadap ekonomi Islamdi Madinah seperti mana
penguasaan ekonomi oleh Quraisy di Makkah.
6) Kebebasan berdagang
Kebebasan yang diberikan menarik minat pedagang-pedagang luar datang ke
Madinah. Akhirnya Madinah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung
Tanah Arab.Dengan itu umat Islam telah beransur-ansur menguasai ekonomi
Madinah dan kawasan sekitarnya.
7) Kebebasan beragama
Dengan kebebasan ini orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam tanpa
gangguan atau sekatan.Hal ini memberi peluang orang bukan Islam mendekati
orang Islam seterusnya berminat dengan ajaran Islam apabila memerhati akhlak dan
personalit dan disiplin umat Islam melakukan aktiviti harian termasuk amal ibadat.
8) Wujud Negara Islam Madinah
Orang Yahud secara tidak lanug mengktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama
dan Madinah sebagai sebuah negara Islam dengan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
pemimpin.Sebelum ini perkara ini ditolak oleh mereka.
9) Hak keselamatan terjamin
Keselamatan penduduk tanpa mengira agama atau kaum akan terjamin selagi
mereka patuh kepada piagam. Pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil
tindakan termasuk memerangi,menghalau atau membunuh jika terpaksa.Contohnya
Bani Qainuqa’ di halau dari madinah dan perang diistiharkan kepada mereka.
Kesimpulan :
• Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara
pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.
• Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.
• Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di
dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang
memerintah dunia selama tujuh abad.
• Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru,
terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang
bangsa.
No comments:
Post a Comment