Huraian kepentingan Sahifah Madinah dalam
pemerintahan dan pentadbiran negara kota Madinah.
Pendahuluan :
- Pada
masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk
terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku
kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar (Golongan Penolong) dan orang
Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin
(golongan Pendatang). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada
beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
- Untuk
mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian
dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara
Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
- Piagam
Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini,
kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk
diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini
merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu
Al-Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia
berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah
evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti
dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak
-kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap
sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Mauriya, yang
hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu.
- Aspek utama Piagam Madinah.
Isi-isi :
Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai
beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara berikut:
- Penerimaan
Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan
baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya
terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa
– apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah – masalah yang timbul
dari masa ke semasa.
- Pengekalan
struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan
Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut
hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap
kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan
hukumaan terhadap kesalahan-kesalahan di luar bidang kuasa ketua-ketua
kaum berkenaan.
- Orang-orang
Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan
mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan
berpihak kepada musuh-musuh Islam.
- Piagam
Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa
Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
- Memberi
kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk.
Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang
Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah
sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
- Kebebasan
dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik
minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah
telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan
itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan
di kawasan persekitarannya.
- Semua
penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan
negara.
- Dengan
peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat
sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan
mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.
- Memberikan
kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut
agama lain.
- Dengan
kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam.
Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan
orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang
Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah
menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
- Melalui
piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf
kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi
Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini,
ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.
- Hak
dan keselamatan
setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba
mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum
seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan
kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani
Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang
Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau
kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan
membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan
berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.
Kesimpulan :
- Piagam Madinah merupakan
piagam bertulis pertama di dunia.
- Dengan
tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia
di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah
dunia selama tujuh abad.
- Piagam
Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru,
terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk
berbilang bangsa.
No comments:
Post a Comment