ERA/ ZAMAN JAHILIAH
- Selepas runtuhnya Empangan Maarib (300M)
     hingga berakhir pada 610M (penerimaan wahyu pertama oleh nabi Muhammah).
KONSEP JAHILIAH
- Definisi jahiliah – bodoh atau sesat.
- Menurut P.K.Hitti – Orang Arab dianggap 
     jahil dan bodoh darpada aspek agama dan kepercayaan tetapi maju dalam ilmu
     pengetahuan dan mempunyai tamadun yang tinggi .  Pendapat ini tidak
     dapat diterima menurut pandangan Islam.
- Menurut pandangan Islam Jahiliah itu berasal
     daripada kata akar kata JAHALA dan kata terbitan JAHLUN atau JAHALATUN
     yang bererti bodoh dan sesal. Ia selaras dengan ayat dalam al Quran Surah
     al-Imrah ayat 154, Surah al Ma’idah ayat 50, Surah al Ahzab ayat 3, 
     Srah al Fath ayat 2 dan Surah al Jum’ah ayat 2.
- Apabila diteliti ayat2 tersebut 4 ciri dapat
     dirumuskan mengenai manusia Jahiliah. Ciri-ciri itu ialah;
i.                    tiada mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk,
ii.                  tidak mempunyai peradaban/ tamadun,
iii.                tidak berakhalak , angkuh dan bongkak
iv.                tidak boleh membaca dan menulis.
- Islam menegaskan jika ada salah satu sifat di
     atas dalam satu masyarakat, masyarakat itu boleh dianggap sebagai
     masyarakat yang tidak bertamadun/ jahiliah.
STRUKTUR MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
- Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua
     kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari.
- Masyarakat Badwi tinggal di bahagian tengah
     Semenajung Tanah Arab.. Tidak bercampur dan berhubung dengan masyarakat
     asing. Berpindah randah / nomad untuk mencari kawasan berair (untuk
     tanaman dan ternakan), Kawasan selamat dari angin padang pasir (angin yang
     memusnahkan khemah, tanaman dan ternakan) dan kawasan selamat dari
     khabilah lain.
- Hadari – Masyarakat yang lebih matang dan
     cerdik akalnya. Mempunyai pergaulan yang luas dengan pedagang dari luar.
     Dapat dibahagikan kepada lima golongan iaitu;
i.                    Golongan bangsawan- ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.
ii.                  Golongan agama – tukang tilik dan penyair.
iii.                Golongan hamba
iv.                Wanita
v.                  Masyarakat awam / rakyat biasa.
ASPEK AGAMA DAN KEPERCAYAAN
- Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan
     termasuk Majusi, Nasrani, Yahudi, Hanif, Berhala, animisme dan tahyul.
     Kepelbagaian ini kerana adanya pengaruh asing di samping keadaan alam
     sekitar yang dipercayai dapat mengawal dan membantu kehidupan seharian.
- Kepercayaan Majusi – Disebarkan oleh orang
     Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Mereka turut menyembah api.
- Agama Nasrani – Disebarkan oleh orang Rom yang
     menjajah Hirah dan Ghassan. Mempunyai kitab suci tetapi ajaran Nabi Isa
     telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri.
- Agama Yahudi – Disebarkan oleh saudagar2 yang
     berasal dari Palestin. Penganut asal ialah Bani Israel. Mempunyai kitab
     suci tetapi ajaran sebenar Nabi Musa telah dipinda. Mereka membohongi masy
     Arab dengan menyatakan agama mereka benar dari Allah. Agama ini bertapak
     di Yaman dan Madinah.
- Terdapat segelintir orang Arab yang menganut
     ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim yang digelar Hunafa dan bertempat di
     Mekah. Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sampai di Mekah lebih awal,
     maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.
- Penganut agama2 dari langit (Nasrani, Yahudi,
     Hanif ) di kalangan masyarakat Arab tidak ramai.
- Kepercayaan paling dominan di kalangan
     masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala muncul
     selepas kewafatan Nabi Ismail. Masyarakat Arab berkehendakkan perantaraan
     menghubungkan mereka dengan Allah. Mereka mencipta berhala2 daripada batu dan
     kayu dan diletakkan di sekeliling Kaabah. Pemembahan berhala muncul lebih
     awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan
     berhala adalah amalan nenek moyang yang perlu dipertahankan.
- Disamping itu mereka percaya kepada animisme
     dan tahyul. Objek di cakerawala dan di bumi disembah sebagai menandakan
     pengharapan dan terima kasih diatas apa yang mereka terima. Mereka memuja
     tukang tilik dan percaya tanda2 baik/ buruk yang ditunjukkan oleh sesuatu
     objek.
- Kepelbagaian dalam beragama turut menyumbang
     kepada amalan2 lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik,
     berekonomi dan bersosial.
ASPEK POLITIK DAN PENTADBIRAN
- Tidak terdapat struktur politik yang jelas dan
     tetap di kalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan
     Ghassan (utara) telah dijajah oleh Rom dan Yaman. Di selatan pula oleh
     kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek
     pentadbiran. Mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah.
     Kekalahan berpunca dari sikap berpuak2 dan sentiasa berperang. Ketika
     kerajaan Himyar (selatan) anak tempatan diberi jawata tetap tetapi
     statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.
- Di Mekah, struktur politik masyarakatnya agak
     jelas. Terdapat Majlis Tertinggi (Darul Nadwa) dalam jabatan2 pentadbiran
     dan dipimping oleh pimpinan yang bergelar Syeikh. Namun ciri-ciri
     politiknya mempunyai unsur2 jahiliah. Mereka mengmalkan politik berkabilah
     yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat.
- Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak
     tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif,
     pendendam dan ingin menguasai puak2 lain. Perebutan kuasa antara bani
     berlaku bagi mendapat kuasa mentadbir jabatan haji, perdagangan dan
     ketenteraan yang amat penting.
- Di samping itu ketua2 suku terpaksa membentuk
     majlis ketua2 suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya
     mempengaruhi keputusan Mala’. Keadaan ini mendorong suku2 lemah membentuk
     majlis suku2 (hilf al Fuduh) bagi mengimbangi kuasa Mala’ dan menjaga
     kepentingan kaum yang lemah.
- Kecelaruan politik masyarakat Mekah berlaku
     apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat
     aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan. 
ASPEK EKONOMI
- Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama
     masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan di antara bandar di Syiria
     dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat
     penjajahan oleh Rom ke atas Syiria dan oleh Parsi ke atas Yaman,
     perdagangan Arab turut terjejas.
- Saudagar Arab Mekah menghadapi kesan itu dengan
     pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi
     yang menternak binatang.
- Cara hidup Badwi yang berpindah-randah
     mendatangkan kesukaran kepada saudagar Mekah. Suku Badwi sentiasa
     menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda
     tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.
- Ketika Mekah dipimpim oleh Abdul Manaf, urusan
     perdagangan diagih tugas kepada anak-anaknya. Misi2 perdagangan dihantar
     ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barangan rempah, permata, emas,
     sutera dan lain-lain diimport manakala berhala, buah tamar, kulit binatang
     dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan2. Pada zaman Hashim bin Abdul
     Manaf (moyang Nabi SAW), perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja
     Byzantium dan Parsi diwujudkan.
- Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan
     kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi
     meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang  Mekah akan ke
     Yaman dan ke utara bila musim panas.
- Pasar2 diadakan di Mekah dan sekitarnya.
     Barangan seperti bijiran, buah2an, pakaian, hamba abdi (tidak ditebus
     setelah kalah perang) dan barangan lain dijual di pasar2. Sistem tukar
     barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.
ASPEK SOSIAL
- Struktur social masyarakat Arab agak mudah,
     terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di
     Bandar. Mereka berpuak2 berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah
     yang amat tebal. Setiap puak melantik seorang syeikh di kalangan mereka
     dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah
     bekerja.
-  Suku Badwi hidup berpuak2 dan ketua puak
     dipilih di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini
     bermula dari satu keluarga dan kemudian bergabung menjadi keluarga besar
     disebut bani. Suku badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang
     berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin
     kuat masyarakatnya.
- Semangat assabiyyah menyuburkan ciri jahiliah.
     Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah tercetus
     walaupun disebabkan oleh perkara2 kecil. Peperangan itu untuk menguji
     kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung
     lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba.
- Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar
     dan menurut peraturan dan undang2 hawa nafsu menyebabkan setiap tindakan
     mereka tanpa kawalan serta peraturan. Golongan bangsawan menikmati
     kehidupan yang mewah dengan melibatkan perjudian, pelacuran dan
     pembunuhan.
- Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan
     ditanam hidup2 bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu.
     Walau bagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan
     mereka. Darul Nadwah dijadikan tempat keramaian untuk mengistiharkan anak
     perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh baligh.
ASPEK ILMU PENGETAHUAN
- Kebanyakan orang Arab Jahiliah buta huruf.
     Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar2/ pedagang luar yang maju
     tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti2 perdagangan
     yang lebih menguntungkan. Kerana selain keuntungan mereka mengejar
     keseronokan.
- Kemahiran bersajak dan bersyair hanya
     digunakan untuk meluah perasaan melalui kata2 yang terhasil melalui
     pemikiran yang spontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya
     melibatkan perkara2 berkaitan pengalaman masa lampau yang kurang kualiti
     ilmiahnya.
- Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal
     kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca
     dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan
     berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi
     tertutup. Keadaan ini memperlihatkan ciri2 kejahilan sangat ketara di
     kalangan mereka.
NILAI-NILAI POSITIF DAN MULIA.
- Menghormati tetamu,
- Berpegang kepada janji
- Mentaati pemimpin
- Memberi perlindungan – konsep jiwar.
KESIMPULAN.
           
Apa sahaja yang berkaitan.
BENTUK SOALAN.
- Bincangkan konsep manusia dan kehidupan
     masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.
- Apakah yang anda faham tentang konsep
     Jahiliah. Bincangkan ciri2 tersebut dari segi kepercayaan dan akhlak,
     politik, ekonomi dan sosial.
- Masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dianggap
     sebagai masyarakat yang tidak bertamadun daripada sudut pandangan Islam.
     Bincangkan.
 
terima kasih untuk nota sangat membantu
ReplyDeletethank you :)
ReplyDeleteSangat membantu . Terima kasih banyak2 .
ReplyDeleteTerima Kasih
ReplyDeleteTq...boleh wat atudy
ReplyDeleteVery useful
ReplyDeleteoh
ReplyDeletethank you so much . this is very useful
ReplyDeleteThanks
ReplyDeletethank you admin 😘
ReplyDelete