Wednesday, March 6, 2013

FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN QURAISH MEKAH


Huraikan faktor-faktor penentangan terhadap ajaran Islam oleh kaum Quraisy pada
zaman Nabi Muhammad di Makkah.

PENGENALAN:
1. Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w
Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah
Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy
Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17
Ramadhan 610M di Gua Hira’.

2. Aktiviti Dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Sewaktu Di Kota Mekah
Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui 2 peringkat:
(a) dakwah secara sulit
(b) dakwah secara terang-terangan

ISI:
Faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah

1. Faktor Agama
Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan dengan
agama berhala yang telah sebati menajadi darah daging orang-orang Makkah.
Dari sudut akidah, Islam menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan
menentang amalan syirik.
Agama berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti
dipertahankan
Oleh itu menentang Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai orang yang mahu
meruntuhkan tradisi itu.

2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruh
Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi
Muhammad s.a.w dan Abd Mutalib.
Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara Baginda.
Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana
keupayaannya yang luar biasa.
Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna kepimpinan itu akan terus
berada di tangan Bani Hasyim.

3. Persamaan Taraf
Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang
menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia.
Hal ini amat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum
bangsawan kaum Quraisy.
Mereka masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza.
Dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua dan
pengikut; antara yang kaya dengan miskin dan antara tuan dengan hamba
Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang yang
bertakwa.


4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.
Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala.
Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan hilang
kerana Islam tidak membenarkan pembuatan patung berhala dan menjualnya.
Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang mereka,
Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencela agama berhala
mereka.

5. Takut Akan Hari Pembalasan
Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamat
Wajib percaya kepadanya dan merupakan satu daripada Rukun Iman
Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat akan dikira pada hari pembalasan
denganm saksama.
Berita hari kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar bahawa
mereka telah banyak melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam seperti mencuri,
merompak, berzina, minum arak dan mengamalkan riba
Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api neraka
Tetapi mengikut agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga tanpa
menerima apa-apa balasan pada hari kiamat.

6. Perasaan Iri hati
Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati kedudukan
Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul.
Antara mereka ialah;
i) Umayyah bin Abi al-Salt pernah menyatakan keinginan menjadi seorang nabi.
ii) Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu kecewa apabila mendengar Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu

KESIMPULAN:
1. Nabi Muhammad saw dan umat Islam Makkah tabah dan sabar menghadapi tentangan
daripada orang-orang Quraisy Makkah.
2. Terdapat pelbagai bentuk tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah seperti
penghinaan,penyiksaan, pemulauan,memujuk Nabi Muhammad dan bapa saudaranya Abu Talib
sehingga rancangan untuk membunuh Nabi Muhammad saw.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. very good, if can add some example it would be a perfect essay

    ReplyDelete
  3. Dua faktor musyrikin mekah menentang ajaran Islam
    Tolong bagi jawapan boleh
    😘

    ReplyDelete
  4. Kekalkan prestasi..sgt bermanfaat terima kasih ia dpt mnjd sumber rujukan para pelajar ��

    ReplyDelete