Tuesday, March 5, 2013

PERUBAHAN MASYARAKAT JAHILIAH SETELAH KEDATANGAN ISLAM


Tamadun Islam telah merubah cara hidup masyarakat jahiliah dalam pelbagai aspek.  
Huraikan perubahan yang berlaku dalam masyarakat jahiliah selepas kelahiran Islam
     
Pengenalan (3 markah)
1. Latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam
• Masyarakat Arab terdiri daripada dua kelompok masyarakat iaitu masyarakat Hadari
dan masyarakat Badwi. 
• Terdiri daripada pelbagai suku seperti Bani Hasyim, Bani ‘Adi, Bani Ta’im, Bani
Umayyah.
2. Masyarakat Arab selepas Islam
• Terdiri daripada golongan Muhajirin iaitu masyarakat Islam yang berhijrah dari
Makkah ke Madinah dan golongan Ansar iaitu penduduk asal Madinah yang terdiri
daripada suku Aus dan Khazraj yang telah dipersaudara.
3. Latar belakang kemunculan Islam
• Islam muncul setelah turunnya wahyu pertama pada tahun 610 Masihi. Asas
kehidupan masyarakat Arab Jahiliah bersandarkan kepada semangat assabiyah yang
melampau, manakala kehidupan masyarakat Islam bersandarkan kepada aqidah,
syariat dan akhlak.

Isi –isi penting (7 isi x 3M=21 markah )
Perubahan – perubahan dalam masyarakat Arab selepas Islam
1. Agama &Kepercayaan
Zaman jahiliah
• Agama dan kepercayaan mereka dipenuhi dengan tahyul.
• Agama penyembahan berhala paling dominan kerana sebahagian besar masyarakat
jahiliyah menganut agama ini.
• Terdapat agama langit iaitu Nasrani dan Yahudi tetapi telah diselewengkan oleh
paderi mereka untuk kepentingan diri sendiri.
• Selain itu, terdapat agama Majusi iaitu pengaruh daripada Parsi.
• Antara kepercayaan yang diamalkan adalah tilik nasib, sangka baik dan sangka buruk,
animisme dan sihir.
Zaman Islam
• Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
• Rukun Islam : 5 perkara
• Rukun Iman : 6 perkara

2. Akhlak
Zaman jahiliah 
• Moral dan akhlak orang Arab sangat buruk.
• Tiada batas kesopanan dan kemanusiaan.
• Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan merupakan perkara biasa kepada 
masyarakat Jahiliah.
Zaman Islam
• Islam melarang umatnya melakukan perkara-perkara terkutuk itu.
• Islam menganjurkan nilai-nilai yang baik seperti hormat menghormati, bekerjasama,
bertolak ansur dan lain-lain.

3.  Politik
Zaman jahiliah
• Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik. Hal ini
berpunca daripada faktor wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat
oleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara.
• Wilayah di sebelah selatan dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom dan Parsi.
• Mengamalkan sistem berkabilah dan setiap kabilah diketuai oleh syeikh kabilah.
Setiap suku kaum taksub kepada suku masing-masing yang dipanggil assabiyah.
Keadaan ini mencetuskan peperangan antara suku walaupun berpunca daripada
masalah kecil.
• Keadaan inilah yang menyebabkan suasana politik yang tidak stabil.
Zaman Islam
• Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas.
• Ada sistem pemerintahan yang teratur.
• Pemerintahan berlandaskan Al- Quran dan Hadith.
• Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan Piagam Madinah.

4.  Ekonomi
Zaman jahiliah
• Selepas keruntuhan empangan Maarib ekonomi masyarakt jahiliyah sangat
meruncing. Kegiatan pertanian merosot kerana mereka tiada pengetahuan untuk
membangunkan semula empangan tersebut.
• Hal ini menyebabkan ada kabilah yang menjadikan aktiviti merompak sebagai
sumber ekonomi mereka.
• Puak Quraisy Makkah cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan   
mengenakan tekanan terhadap kaum Badwi.
• Menjalankan aktiviti perdagangan dengan menjual berhala, amalan riba, menipu dan
sebagainya.
Zaman Islam
• Menghapuskan riba, menggalakkan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan.
• Memperkenal dasar ekonomi Islam.
• Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan umat Islam menceburi bidang pertanian dan
perniagaan.
• Hal ini menyebabkan ekonomi umat Islam meningkat maju sehingga dapat
mengatasi kegiatan monopoli orang Yahudi dalam ekonomi.

5. Ilmu Pengetahuan
Zaman jahiliah
• Mewarisi pengetahuan tentang ilmu bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan.
• Walaupun begitu majoriti mereka buta huruf.
• Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf. Jadi perkembangan ilmu pengetahuan hanya
bersifat hafalan dari satu generasi ke satu generasi. Jika sesuatu ilmu itu tidak
diminati maka ilmu tersebut akan pupus begitu sahaja.
Zaman Islam
• Terdapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan Islam.
• Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu tafsir.
• Di Madinah, masjid dijadikan sebagai tempat mengembangkan ilmu pengetahuan.

6. Kesusasteraan
Zaman jahiliah
• Arab Jahiliyah pandai bersyair dan berkhutbah.
• Tetapi hasil-hasil karya mereka berbentuk sastera kreatif yang berbeza dengan 
zaman Islam.
Zaman Islam
• Oleh itu, Allah utuskan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab al-Quran untuk dijadikan
pedoman kepada manusia supaya dapat menandingi sastera Arab  Jahiliah.
Kesusasteraan Jahiliah membawa kepada pemujaan berlebihan dan membawa 
kepada pergaduhan.
• Al-Quran sebagai pedoman kepada kesusasteraan Islam.

7. Kelas masyarakat
Zaman jahiliah
• Mengamalkan sistem perhambaan, semangat assabiyah.
• Mementingkan kedudukan dalam masyarakat.
• Wanita dan hamba dianggap paling hina.
Zaman Islam
• Mengamalkan perpaduan ummah.
• Menganjurkan persamaan taraf
• Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah kecuali ketakwaan mereka.

8. Maruah wanita
Zaman jahiliah
• Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat.
• Fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki dan kegemaran mereka
    hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki.
• Dianggap sebagai barang dagangan.
• Wanita yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelakinya sendiri.
• Oleh itu, Bani Tamim menganggap amalan membunuh bayi perempuan sebagai
   amalan yang mulia supaya bayi tersebut tidak menjadi sampah masyarakat dan
   memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa.
• Kaum wanita sering dibawa bersama-sama untuk berperang dan memberi
   perangsang kepada tentera lelaki.
Zaman Islam
• Memuliakan kedudukan wanita.
• Maruah dan kebajikan wanita perlu dipelihara.

9. Peperangan
Zaman jahiliah
• Bersifat balas dendam
• Berperang kerana perkaraperkara yang kecil
Zaman Islam
• Berbentuk jihad. 
• Berperang kerana mempertahankan agama, maruah diri, bangsa dan Negara
• Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan dalam kalangan
golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj.

10. Hubungan Masyarakat
Zaman jahiliah
• Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing.
• Mengamalkan semangat assabiyah.
Zaman Islam
• Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah  
Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku berdasarkan ikatan  persaudaraan  Islam.
KESIMPULAN (1 markah)
- Islam telah menukar cara hidup masyarkat Jahiliah daripada menyembah berhala
kepada menyembah Allah, daripada berakhlak buruk kepada akhlak  yang mulia dan
berperikemanusiaan.
- Islam telah membawa masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yang
bertamadun.
Nota:
 1. Jika calon tidak membincangkan zaman sebelum Islam (Jahiliah), markah  
               maksimum bagi isi – 2 markah.
2. Jika jawapan calon tidak menunjukkan perubahan, tiada sebarang markah  
    diberi.
3. Jika jawapan calon dalam bentuk perbandingan, markah penuh boleh diberi.940/1 

2 comments:

  1. kalau soalan'agama islam telah mngembalikan masyarakat arab kepada kehidupan yg benar.jelaskan'boleh bg isi diatas ke????

    ReplyDelete