Bincangkan
kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin .
Pendahuluan :
o Latar belakang pemerintahan khulafa al-Rasyidin.
o Pengertian Khalifah.
o Ciri-ciri kepimpinan Khalifah.
Isi :
Pemilihan
secara Baiah :
o Perlantikan secara persetujuan orang ramai tanpa
ada calon.
o Perlantikan Abu Bakar telah dicalonkan oleh Umar
al-Khattab di Balai Bani Saidah
o Saidina Umar telah menjabat tangan Abu Bakar dan
membuat pengakuan taat setia kepadanya dan diikuti oleh sahabat-sahabat lain
serta kaum Ansar dan Muhajirin.Penerimaan masyarakat Madinah kerana Saidina Abu
Bakar pemimpin Muhajirin yang paling layak dan berpengalaman luas dalam
membentuk masyarakat Islam di Makkah dan Madinah serta mendapat dididikan
kepimpinan Rasullullah saw.
Pemilihan
secara wasiat :
o Saidina Abu Bakar telah mencadangkan Umar
al-Khattab untuk menggantikannya dan ahli syura telah menerima cadangan itu
.Saidina Abu Bakar telah meminta Saidina Uthman b Affan menulis sepucuk surat
perlantikan menyatakan Saidina Umar adalah penggantinya.Kemudian rakyat
telah memberi baiah atau tat setia kepadanya.
o Pengalaman Abu Bakar menghadapi al-Riddah
menyebabkan baginda meraskan negara perlu melantikan seorang pemimpin yang
tegas supaya peristiwa itu tidak berulang.
o Maka perlantikan secara wasiat memang dianjurkan
islam dalam situasi tertentu.
Melalui
Majlis Perlantikan Khalifah :
o Khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan Majlis
Perlantikan sebelum beliau bertujuan mengelakkan perpecahan dikalangan umat
Islam .Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman b Auf sebagai ketua dan
ahlimajlis yang lain.Dalam pengundian yang dijalankan Uthman b Affan telah
dilantik untuk menjadi khalifah yang ketiga .
o Cara perlantikan ini menunjukan demokrasi subur
dalampemilihan khalifah
Perlantikan
secara paksa :
o Perlantikan Khalifah Ali b Abi Talib r.a. disokong
oleh penduduk Hijaz , Basrah dan Kufah manakala pemberontak tidak membaiahnya.
Perlantikannya dianggap sah kerana kerajaan Islam Madinah menghadapi
peperangan Jamal dan berlakunya pemberontakan.
o Justeru itu perlantikannya secara paksa tepat pada
masanya kerana negara ketika itu memerlukan seorang khalifah yang tegas
dan berwibawa untuk mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah. Cara ini
juga dianggap demokrasi kerana sebahagian besar masysrakat islam membaiah
khalifah Ali .
Kesimpulan :
Perlantikan yang pelbagai cara dilaksanakan,namun ciri-ciri demokrasi
tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada zaman khulafa ar-Rasyidin.
No comments:
Post a Comment