SOALAN: TERANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN YANG
DIAMALKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W. DI KOTA MADINAH.
Soalan: Huraikan struktur pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah
Pengenalan
Nabi
Muhammad s.a.w. merupakan pemerintah pertama di negara Islam Madinah. Baginda
memerintah berteraskan wahyu Allah SWT selain mengamalkan konsep
musyawarah dengan para sahabat dan menggubal Piagam Madinah. Baginda amat
menegaskan perasaan taat setia dalam kalangan umat Islam bagi menggantikan
semangat assabiyah dalam kabilah-kabilah.
Pemerintahan
di Madinah bersifat negara kota. Nabi Muhammad s.a.w. telah meletakkan
asas pemerintahan mengikut pengurusan dan pentadbiran Islam yang sebenar. Piagam
Madinah yang digubal mengandungi 47 fasal yang menjelaskan perkara-perkara
berkaitan umat Islam dan bukan Islam. Piagam ini telah menjadi teras
peraturan hidup masyarakat Madinah yang berbilang kaum.
Selain
itu, Nabi Muhammad s.a.w. juga telah menubuhkan Majlis Syura bagi
menggubal dasar pemerintahan negara yang berteraskan al Quran dan Sunnah.
Majlis ini dianggotai sebilangan sahabat paling kanan yang pakar dalam bidang
tertentu. Baginda juga mengamalkan sistem perundangan yang berteraskan al Quran
dan sunnah. Bagindalah hakim yang dilantik pada peringkat suku
kaum.
Seterusnya
baginda membentuk satu dasar diplomatik dengan menjalin hubungan
dengan negara luar. Memandangkan wilayah Islam semakin meluas, para ‘amir’ telah
dilantik untuk mentadbir kawasan yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, Uthman
ibn Abi al-As dilantik sebagai ‘amir’ di Taif.
Nabi
Muhammad s.a.w. juga membentuk pentadbiran berasaskan empat dasar iaitu
mengukuhkan semangat akidah bagi menggantikan semangat assabiyah, menjadikan
Islam sebagai landasan peraturan masyarakat, mengamalkan kaedah musyawarah
dalam pentadbiran danmemperkenalkan Piagam Madinah. Dasar ini menjadi
panduan masyarakat Islam untuk memperoleh kesejahteraan dan keharmonian dalam
kehidupan.
Penutup
Kebijaksanaan pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya membina sebuah
masyarakat yang bersatu serta mewujudkan kestabilan politik selain membina
negara Islam yang kukuh, aman dan berdaulat.
No comments:
Post a Comment