Pengertian Jahiliah
Jahiliah berasal dari perkataan
"jahil" yang bermaksud bodoh.Menurut Philip K. Hitti dalam bukunya
"History of the Arab's", jahiliah bermaksud bodoh atau jahil dari
segi agama kerana pada ketika itu, tidak ada nadi dan tidak ada kitab suci yang
boleh dijadikan sebagai petunjuk.Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh
dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka telah mempunyai tamadun yang tinggi.
Al-Quran tidak memberi batas tertentu
bagi zaman jahiliah.Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman
sebelum Islam, iaitu sebelum turunya al-Quran. Ciri-ciri jahiliah berdasarkan
al-Quran adalah seperti berikut:
a.
|
Tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai
petunjuk.
|
b.
|
Tidak mempunyai tamadun / peradaban.
|
c.
|
Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkah.
|
d.
|
Masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca
atau menulis.
|
Jika salah satu dari tersebut terdapat
pada sesebuah masyarakat, maka masyarakat itu boleh dianggap sebagai masyarakat
jahiliah.
Menurut Doktor Mahyuddin, zaman
jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.,
iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Sabak.
Agama dan Kepercayaan
Agama Berhala
Agama berhala merupakan agama yang
mempunyai pengikut terbesar di Semenanjung Tanah Arab. Berhala tersebut
diperbuat daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamar (kurma).
Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala masing-masing.Antara berhala yang
terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal.Sebahagian
penduduk Tanah Arab tidak menganggap berhala Tuhan tetapi hanya sebagai
perantaraan.Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan
percaya berhala.Mereka ini dikenali sebagai golongan musyirikin, iaitu orang yang
menyekutu Allah.
Agama Majusi
Agama ini tidak diamalkan seluas oleh
orang-orang Arab Jahiliah.Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan
Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini menjadikan api
sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agama ini yang terkenal
ialah Zararah dan anaknya Hajib.Mereka berasal dari Bani Tamin yang sememangnya
mempunyai hubungan dengan Parsi.Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu
Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.
Agama Yahudi
Agama ini adalah berdasarkan kepada
ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab taurat. Agama
ini tersebar luas terutamanya di kawasan-kawasan Osis di Barat Laut Semenanjung
Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib.Orang-orang Yahudi berasal
dari Palestine.Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama
Masihi.Mereka telah menjadi kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang
Arab untuk menganut agama Yahudi.Orang-orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai
bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzarr sebagai anak tuhan.Di antara
tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas.
Agama Nasrani
Agama Nasrani adalah agama yang
berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. pada tahun 1 Masihi.
Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah, pedagang-pedagang
atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah jajahan mereka. Agama ini
dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib.Di antara tokoh terkenal yang
menganut agama ini termasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin
Huwairith.Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang
di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan
kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam.Pusat agama Kristian yang utama
di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran.Bandar Najran terus menjadi bandar
Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar.Malah terdapat pusat latihan paderi
Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz.
Agama Hanif
Agama ini adalah berdasarkan kepada
ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.Penganut agama ini mempercayai konsep
keesaan Allah ataupun monoteisme.Di antara mereka yang menganut agama ini
termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibu bapa nabi
sendiri.Walau bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh
golongan-golongan tertentu seperti juga agama Yahudi dan Nasrani, misalnya
mereka menyembelih binatang korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling
kaabah.
Kepercayaan Animisme
Kepercayaan ini wujud bersama dengan
kewujudan manusia.Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu objek
yang ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau
memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa sahaja yang
dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.
Kepercayaan Adat (Sunah)
Kepercayaan adat dianggap sebagai
unsur-unsur karut dan tahyul.Antara kepercayaan yang diamalkan ialah menilik
nasib. Apabila memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan
sekeliling bagi mengjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah burung
terbang. Jika burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.
Politik
Sistem politik Arab Jahiliah tidak
seragam.Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah
atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab,
sistem politiknya lebih berbentuk negara naungan, misalnya Kerajaan Anbat,
Tadmur, Hirah dan Ghassan.Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah
adalah naungan Parsi. Kerajaan Anbat dan Tadmur pula pernah dijajah oleh Rom.
Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada
Rom atau Parsi.
Kerajaan di bahagian Selatan seperti
Himyar, Ma'in dan Qatban mengamalkan sistem pemerintahan beraja.Pemerintahanya
menggunakan pelbagai gelaran seperti Malek, Zu, Makrab dan sebagainya.
Kerajaan di bahagian tengah pula
terdiri daripada kerajaan kota, misalnya Kerajaan Kota Mekah, Yathrib dan Taif
yang terletak di Hijaz. Sistem pemerintahannya dipegang oleh keluarga /
keturunan tertentu, misalnya kota Mekah pada mulanya dikuasai oleh puak Jurham,
diikuti ileh puak Khuzaah dan akhirnya ke tangan Quraisy. Taif pula diperintah
oleh Bani Thaqif.Pemerintahan begini dikatakan berbentuk aristokrasi.Mereka
tidak mempunyai institusi diraja, tidak ada pasukan tentera dan tidak
mengamalkan dasar perluasan wilayah.
Di pihak lain, orang-orang Arab juga
mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di
mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua
kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah.
Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari
kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain.
Ekonomi
Sistem ekonomi orang-orang Hadari lebih
maju berbanding dengan orang Badwi.Mereka kebanyakannya ialah pedagang yang
bergerak dalam kafilah.Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor
unta.Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialah sistem perdagangan dua musim,
iaitu musim panas dan musim sejuk.Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara,
iaitu Syam dan pada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di
samping itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung Tanah Arab khususnya
pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu Ukaz, Zulmajaz dan
Zulmajinman.
Orang-orang Arab Jahiliah juga
melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa.Mereka dikatakan
mempunyai hubungan dengan orang-orang India, China dan Nusantara.
Kegiatan perdagangan orang Arab
melibatkan riba.Mereka juga sering melakukan penipuan terutamanya dari segi
sukatan dan timbangan.
Sistem barter masih diamalkan secara
meluas terutamanya oleh golongan Badwi.
Selain dari kegiatan perdagangan,
mereka juga melibatkan diri dalam kegiatan pertanian dan kawasan pertanian yang
paling subur ialah bahagian Selatan Semenanjung Tanah Arab, iaitu Yaman.Yaman
sememangnya mempunyai tanah yang subur di samping mendapat hujan tahunan yang
agak seragam.Tambahan pula, penduduk Yaman mempunyai kepakaran dari segi
teknologi sehingga membolehkan mereka mewujudkan sistem saliran untuk kawasan
pertanian.
Orang-orang Arab Jahiliah juga
menternak binatang seperti unta, kuda, biri-biri, keldai dan lain-lain lagi.
Dari binatang ini, mereka memperolehi susu, daging dan kulit yang boleh
dijadikan pakaian atau khemah. Sekiranya terdesak, mereka makan apa sahaja. Ada
kalanya, mereka merampas atau menyerang suku-suku kaum yang mereka musuhi.Hal
ini menyebabkan peperangan yang tidak berkesudahan.
Sosial
Orang-orang Arab Jahiliah boleh
dibahagikan kepada dua golongan, iaitu orang-orang Arab Badwi dan Hadari.Arab
Badwi ialah orang-orang Arab yang tinggal di kawasan pedalaman.Mereka tidak
banyak bercampur dengan masyarakat luar.Oleh itu, ciri-ciri asli budaya Arab
masih kekal pada mereka. Mereka sering berpindah untuk mencari padang rumput /
kawasan yang mempunyai air. Ia juga bertujuan untuk menjaga keselamatan diri.
Orang-orang Hadari pula menetap di bandar-bandar tertentu dan cara hidup
mereka lebih maju serta mempunyai fikiran yang matang. Hal ini disebabkan
mereka banyak terdedah kepada dunia luar khususnya melalui perdagangan.
Mereka mengamalkan cara hidup
berkabilah. Kabilah adalah satu kelompok besar yang wujud berdasarkan
keturunan, kepercayaan, adat tradisi, agama dan nilai-nilai kemasyarakatan yang
sama. Setiap kabilah akan diketuai oleh seorang Sheikh. Dia berperanan
menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kabilahnya, membuat perjanjian
dengan kabilah lain, melayan tetamu, memberi perlindungan kepada anggota
kabilah dan lain-lain.
Mereka mengamalkan semangat
abasiyah.Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat
asabiyah yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan berlakunya peperangan yang
berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain. Mereka akan
segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi.
Mereka juga mengamalkan sistem
perhambaan.Oleh itu, di dalam sistem sosial mereka, terdapat golongan hamba dan
merdeka.Golongan hamba langsung tidak diberi hak untuk hidup bebas atau
memiliki harta. Seseorang itu boleh menjadi hamba melalui beberapa cara sama
ada sebagai tawanan perang, melalui jual beli atau kerana keturunan.
Kedudukan wanita di dalam masyarakat
Arab Jahiliah sangat rendah / hina.Mereka malu sekiranya mendapat anak
perempuan.Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, al-Nahl dan Surah.Kedudukan
wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak
perempuan sebaik sahaja dilahirkan.Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.
Orang-orang Arab Jahiliah mengamalkan
empat cara perkahwinan, iaitu perkahwinan biasa, kahwin mencari anak pintar,
mewarisi isteri bapa atau wanita menentukan siapa bapa kepada anaknya.
Mereka menyamalkan nilai-nilai baik dan
buruk dalam kehidupan seharian.Antara nilai-nilai baik yang mereka miliki ialah
menghormati tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, sabar, serta memberi
penghargaan terutamanya kepada golongan penyair.Nilai-nilai buruk yang agak
ketara ialah suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak,
mengamalkan semangat asabiyah dan lain-lain.
Ilmu Pengetahuan
Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di
kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya
hubungan perdagangan dengan dunia luar.Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak
dipraktis dengan sepenuhnya.Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kepada generasi
baru juga.Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina semula Empangan
Maarib yang telah runtuh.Dikatakan hampir semua orang Arab buta huruf.Buktinya
menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang kaum Quraysi yang tahu membaca dan menulis
sahaja.
Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai
bersyair, bersajak dan berkhutbah.Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair
dan Tarafah.Mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya bermutu yang
disebut "al-Mu'allaqat-al-Sab" yang pernah digantung di Kaabah.
Syair-syair akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan.
Karya-karya ini kebanyakannya berbentuk sajak cinta, ratapan, pujaan,
sindir-cerca yang bertujuan berseronok.Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara
kreatif atau pengalaman atau khayalan.Semua karya ini dikatakan mengandungi
kata-kata yang tidak sopan.
No comments:
Post a Comment